Dua lelaki warga asing ditahan selepas didapati cuba menyeludup keluar minyak masak bersubsidi di kawasan perairan Pulau Omadal.<br /><br />Kedua-dua suspek ditahan menerusi Ops Tapis yang dijalankan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Semporna pada Sabtu.<br /><br />Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata pasukannya mengesan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan.
